Total Pageviews

Tuesday, October 22, 2013

TEMBELANG PENGERUSI FINAS JUAL NAMA PERDANA MENTERI

Datuk Md Afendi Hamdan
Ini satu lagi kisah perihal Sang Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan khabarnya telah lama menjual nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bagi tujuan kepentingan peribadinya. Dengan kapasiti beliau sebagai Pengerusi FINAS, peluang telah digunakan oleh beliau untuk terus menjalankan agendanya demi untuk mengkayakan dirinya sendiri.Sewaktu Datuk Seri Rais Yatim menjadi Menteri Penerangan, Datuk Md Afendi telah menggunakan nama PM untuk membekalkan alat yang kononnya boleh mempercepatkan downloading  kepada net book sebanyak RM1.6b untuk kementerian dan difahamkan untuk diberikan kepada anak muda dalam program bistari net oleh kementerian.
Beliau juga seorang penyamun serta Ahli Lembaga Pengarah MCMC yang mana mendapat keuntungan yang Allah saja yang tahu.Beliau membekalkan dongel melalui Sarawak Himpunan Hijau kepada Kementerian Penerangan  yang mana Kementerian telah membayar RM8juta, bagaimana keberkesanannya tak tahulah kita dan tidak ada impak langsung  Ini merupakan satu pembaziran yang melampau kerana kandungan tersebut boleh didapati secara percuma di Internet.Pada hal jika dibeli dengan secara pukal, kos untuk thumbdrive tersebut berharga di bawah RM5 sahaja. Apatah lagi ianya boleh download di Internet.
Guna nama PM untuk kepentingan diri 



Perkara ini langsung tidak memberi kesan dan tidak berpadan dengan pembekalan yang amat besar.

Untuk kali ini di bawah pentadbiran Datuk Shabery Cheek, beliau sekali lagi menjual nama Perdana Menteri serta kononnya merupakan orang kuat Najib.Beliau juga membuat prjek yang serupa untuk kepentingan beliau.Datuk Mohamad terlalu kerap menggunakan nama Datuk Seri Najib .

Beliau juga menyalah guna kuasanya menerusi Syarikat Himpunan Hijau Sdn Bhd yang menjadi syarikat pembekal projek tersebut, ternyata syarikat tersebut diterajui oleh Datuk Md Afendi walaupun pemilik syarikat tersebut adalah Datuk Robin.

Banyak perkara telah berlaku di dalam FINAS, yang telah mencalarkan kewibawaan FINAS sendiri,diharap Datuk Seri Shabery Cheek tidak tertipu dengan Pengerusi Finas ini.
Sikapnya suka berkelahi dengan Persatuan-Persatuan di bawah FINAS dan menganggap bahawa FINAS itu bapak dia yang punya. Md Afendi ini selalu menggangu struktur pentadbiran serta pandai membodek pemimpin tinggi dan pada masa yang sama menindas orang bawahan di FINAS.


Dia ni juga selalu berulang alik untuk pulang ke Sabah bersama pemandu dan pengawal peribadinya yang juga orang Sabah dan dibayar gaji oleh FINAS.Segala perbelanjaan untuk ke sana ditanggung sepenuhnya oleh FINAS.

Ingatkah lagi kenyataan Ahmad Idham yang menegur tentang video keluaran FINAS yang berjumlah RM400,000 selama 2 minit yang tidak ditenderkan, Menurut Ahmad Idham, video tersebut sebenarnya hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM100,000 sahaja.Ahmad Idham mempertikaikan kos video tersebut dan berasa hairan bagaimana ianya diterbitkan tanpa ada tender yang dibuka kepada orang ramai. Ini salah satu lagi salah guna kuasa oleh Datuk Md Afendi.Video tersebut yang memaparkan promosi kemerdekaan hanyalah satu pembaziran kos yang melampau,jelas Ahmad Idham lagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus menyiasat Datuk Md Afendi diatas semua salah guna kuasa beliau selama ini.Beliau juga mempunyai sebuah pejabat yang terletak di The Mall yang besar dengan sewaan sebanyak RM40,000 sebulan sebesar 2,000 kaki per segi.Geran geran yang berjumlah jutaan ringgit juga disapu bersih oleh Datuk Md Afendi menerusi 15 syarikat berlainan dari beliau.

Dengan geran multimedia ini jugalah beliau hidup dengan kaya raya bersama hampir RM40 juta.Ini adalah tidak adil kepada syarikat pengeluar filem dan multimedia yang ada.
Si Penyamun, Datuk Md Afendi Hamdan

1 comment:

  1. Sekiranya betul apa dikata tentang Datuk Md Afendi Hamdan sebegini rupa.., Dia inilah Melayu Dajjal. Mana penggiat Industri Kreatif tak berani nak lawan ke? membiarkan Dajjal ini bermaharajalela, pekerja belakang tabir dibiarkan merana.

    ReplyDelete