Total Pageviews

Friday, November 8, 2013

BLOG NI AKAN DIBAIK PULIH..

Tiba-tiba plak semalam ada masalah bila aku bukak blog ni...aku tgh selesaikan macamne nak settlekan problem ni aku load utk citer Pengerusi FINAS...dah kena hack...bila citer pasal Naib Presiden UMNO xplak kena...ni ada bela hantu raya si Datuk Afendi ni..

Friday, November 1, 2013

PENGERUSI FINAS, Datuk Md Afendi Lobi Kroni Untuk Jawatan KSU Kementerian..Hah nak tambah lagi harta.


Ni lagi seekor,Dato’Bala diberi nama, kira dia ni  jawatannya di dalam kementerian dah ada ranking la..Jalannya asyik mengepak aje dan mendabik dada sewaktu bersama Rais Yatim, kira macam isi dan kuku, sekarang ni Rais Yatim dah tidak ada, dia mula menghimpit Datuk Md Afendi(Pengerusi FINAS) pulak, aku sejak dulu tak berapa gemar dengan orang bernama Bala ni. Dia ni rapat dan kamcing  giler dengan Rais Yatim dulu tapi belum dapat apa yang dia nak. Boleh dikatakan kementerian komunis  Dato’ Bala. Sekarang ni merupakan salah seorang pegawai lah, Dato’  Bala sudah selesa kerana dah dapat deal dengan Datuk Afendi untuk jawatan yang diidamkan dari dulu lagi iaitu,KSU Kementerian. Datuk Afendi tengah dok melobi supaya Dato’ Bala ni jadi KSU Kementerian.Sebab dah janji kalau dapat …banyak lagi projek menanti dan pasti hak Datuk Md Afendi.



Pelikla aku tengok si Melayu ni yang nak angkat sangat Dato’  Bala ni..yang aku tahu diorang berdua ni ada kira-kira. 
Dato’ Md Afendi selalu dok pertahankan jugak si Bala ni. Dato' Bala ni lebih bisa dari ular.Kalaulah… kita jumpa ular.. dan jumpa Bala..yang patut kita "bunuh" ialah Dato' Bala lah dulu berbanding dengan ular itu,Maknanya Dato' Bala lebih jahat dan berbisa dari racun ular.
HAPPY DEEPAVALI DATO' BALA

Tuesday, October 29, 2013

Datuk Dr Megat,,DA DAPAT PHD KAKI AMPU , SENANG CAKAP..BODEK !!

Dr Megat

Posting yang lepas aku ada citer pasal Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan dan pencacai dia, Dr Megat ( Tim Pengarah ) yang terkedu kat majlis rasmi lalu.Aku pun tak ambik 'port' sangat pasal depa berdua ni terkedu macam tu.Sebab dah biasa tengok depa berdua ni,,nak kata kulit buaya muka depa tu,,ye jugak, pekak badak pun ye jugak,,telinga da tebal telinga kerbau pendek pun ada jugak,Sebab ketaksuban mencari kepentiungan diri membutakan segala galanya.
Md Afendi
Peranan Si Megat ni ( malukan keturunan aku je,cer tukar , jangan pakai nama Megat da)..dia ni dok pengampu dan dah nampak sangat pembodek makhluknya .Selalunya dia yang adjust samada Datuk Md Afendi ni mesti ada kat function rasmi..Kira dia dah dapat Phd Bodekss da sekarang, Megat akan selalu pastikan bapak lanun ( Datuk Md Afendi )"""(eh aku mcm dah geli nak taip nama dia Datuk Md Afendi...'''tolongklah ,,,,,) ni mesti hadir pada sesuatu majlis.

Cer tengok baju yang Megat selalu pakai,,kalau korang perasan,,kat bahu kanan ada gambar apa?   kecik je,,tapi korang kena tengok dekat dekat baru nampak. Warna kegemaran dia apa..hah,,korang kena tau tu..tapi biarlah Megat yang jawab..dia tahu apa jawabannya..


Masa zaman Rais Yatim, si Datuk Md Afendi ni kaw kaw gunakan JASA untuk kembungkan perut dia...,
Lepas JASA, JASA, lepas JASA JASa...Habis JASA ko gomol sampai togel kan..
Ni,,aku nak habaq..Datuk Md Afendi dan Datuk Dr Megat...pas ni hang pa nak togel siapa ,,aku da tahu,,sebelum korang togel dia,,,aku nak tengok ko ditelanjangkan oleh mereka yang pernah ko keji , hina sombong dan yang telah korang abaikan..



Thursday, October 24, 2013

PENGERUSI FINAS TERKEDU DI MAJLIS RASMI DAN BUKTI SELEWENG DUIT FINAS UNTUK KRONI,,YE KE?


Selepas cerita sensasi Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi selalu perkuda nama PM ni, aku pun lapangkanlah masa pergi ke majlis makan malam meraikan kakitangan yang terlibat menjayakan program Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia bertempat di IOI Marriot Putrajaya 23 Oktober lalu. Aku difahamkan Datuk Md Afendi tunggu Menteri di hadapan hotel sejak jam 6 petang sampailah jam 9.30 mlam dengan balacinya, Datuk Dr Megat,Timbalan Ketua Pengarah.
Raut wajah sentiasa gelisah nak bagi penjelasan pada Menteri tentang cerita dia ni.
megat

Sesampai je, depa dua ekor dok dok himpit Shabery Cheek sampai ke maja utama, inilah bakat yang ada pada Datuk Afendi ni selama ni,,,TAHNIAH,,,PAKAR BODEK MENTERI namanya,
Sebaik sampai di meja utama..alih alih tempat dok depa berdua dah tak ada,,dok cari dok tag nama kerusi diorang..Last last duduk tempat pemandu je lah.
Aku tengok muka sekor sekor ni macam udang kena bakar,,,pas tu dia orang pun blah dari majlis tersebut.Yelah,,,dah tak dijemput,,nape datang.Datuk Afendi ni biasanya guna program untuk membodek dan juga mengkembungkan poketnya,,apatah lagi pakai duit FINAS untuk benda yang bukan bukan.

Ni dia satu bukti pertama..kira ni SIRI 1 lah,,,,hah,,selalunya dia ni claim untuk bayar tetamu Pengerusi Finas, dah banyak kali macam ni, tetamu apa ni..kadang kadang mungkin girlfriend dia,,pas tu entah siapa yang tak terlibat langsung dengan industri ,,ni baru satu pas ni ada lagi dokumen rahsia yang nak aku keluarkan..Dah la anggap FINAS mcm bapak dia punya..orang bawahan langsung tak dihargai,,,Duk jugak sekongkol dengan Datuk Dr Megat yang dilantiknya sendiri dan dipinjamkan dari UPM.

Kalian berdua jangan wat pasal..pas ni aku jejak langkah korang,,jangan sampai mati berdiri oii..pas ni hati hatilah kalian..cukup cukup lah...wat niaya kat staf  hangpa...
Bayaran tiket penerbangan itu adalah satu perkara eksklusif  beliau..dah ramai yang jadi tetamu dan pakai duit FINAS...membazir kepada orang yang tak terlibat kat industri.




Tuesday, October 22, 2013

TEMBELANG PENGERUSI FINAS JUAL NAMA PERDANA MENTERI

Datuk Md Afendi Hamdan
Ini satu lagi kisah perihal Sang Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan khabarnya telah lama menjual nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bagi tujuan kepentingan peribadinya. Dengan kapasiti beliau sebagai Pengerusi FINAS, peluang telah digunakan oleh beliau untuk terus menjalankan agendanya demi untuk mengkayakan dirinya sendiri.Sewaktu Datuk Seri Rais Yatim menjadi Menteri Penerangan, Datuk Md Afendi telah menggunakan nama PM untuk membekalkan alat yang kononnya boleh mempercepatkan downloading  kepada net book sebanyak RM1.6b untuk kementerian dan difahamkan untuk diberikan kepada anak muda dalam program bistari net oleh kementerian.
Beliau juga seorang penyamun serta Ahli Lembaga Pengarah MCMC yang mana mendapat keuntungan yang Allah saja yang tahu.Beliau membekalkan dongel melalui Sarawak Himpunan Hijau kepada Kementerian Penerangan  yang mana Kementerian telah membayar RM8juta, bagaimana keberkesanannya tak tahulah kita dan tidak ada impak langsung  Ini merupakan satu pembaziran yang melampau kerana kandungan tersebut boleh didapati secara percuma di Internet.Pada hal jika dibeli dengan secara pukal, kos untuk thumbdrive tersebut berharga di bawah RM5 sahaja. Apatah lagi ianya boleh download di Internet.
Guna nama PM untuk kepentingan diri 



Perkara ini langsung tidak memberi kesan dan tidak berpadan dengan pembekalan yang amat besar.

Untuk kali ini di bawah pentadbiran Datuk Shabery Cheek, beliau sekali lagi menjual nama Perdana Menteri serta kononnya merupakan orang kuat Najib.Beliau juga membuat prjek yang serupa untuk kepentingan beliau.Datuk Mohamad terlalu kerap menggunakan nama Datuk Seri Najib .

Beliau juga menyalah guna kuasanya menerusi Syarikat Himpunan Hijau Sdn Bhd yang menjadi syarikat pembekal projek tersebut, ternyata syarikat tersebut diterajui oleh Datuk Md Afendi walaupun pemilik syarikat tersebut adalah Datuk Robin.

Banyak perkara telah berlaku di dalam FINAS, yang telah mencalarkan kewibawaan FINAS sendiri,diharap Datuk Seri Shabery Cheek tidak tertipu dengan Pengerusi Finas ini.
Sikapnya suka berkelahi dengan Persatuan-Persatuan di bawah FINAS dan menganggap bahawa FINAS itu bapak dia yang punya. Md Afendi ini selalu menggangu struktur pentadbiran serta pandai membodek pemimpin tinggi dan pada masa yang sama menindas orang bawahan di FINAS.


Dia ni juga selalu berulang alik untuk pulang ke Sabah bersama pemandu dan pengawal peribadinya yang juga orang Sabah dan dibayar gaji oleh FINAS.Segala perbelanjaan untuk ke sana ditanggung sepenuhnya oleh FINAS.

Ingatkah lagi kenyataan Ahmad Idham yang menegur tentang video keluaran FINAS yang berjumlah RM400,000 selama 2 minit yang tidak ditenderkan, Menurut Ahmad Idham, video tersebut sebenarnya hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM100,000 sahaja.Ahmad Idham mempertikaikan kos video tersebut dan berasa hairan bagaimana ianya diterbitkan tanpa ada tender yang dibuka kepada orang ramai. Ini salah satu lagi salah guna kuasa oleh Datuk Md Afendi.Video tersebut yang memaparkan promosi kemerdekaan hanyalah satu pembaziran kos yang melampau,jelas Ahmad Idham lagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus menyiasat Datuk Md Afendi diatas semua salah guna kuasa beliau selama ini.Beliau juga mempunyai sebuah pejabat yang terletak di The Mall yang besar dengan sewaan sebanyak RM40,000 sebulan sebesar 2,000 kaki per segi.Geran geran yang berjumlah jutaan ringgit juga disapu bersih oleh Datuk Md Afendi menerusi 15 syarikat berlainan dari beliau.

Dengan geran multimedia ini jugalah beliau hidup dengan kaya raya bersama hampir RM40 juta.Ini adalah tidak adil kepada syarikat pengeluar filem dan multimedia yang ada.
Si Penyamun, Datuk Md Afendi Hamdan

Tuesday, October 8, 2013

Mohamad Hasan Calon Popular MKT?


Majlis Pengenalan Calon yang dibuat oleh UMNO pusat ternyata tidak memberi impak besar kepada calon yang bertanding di dalam pemilihan UMNO nanti. Ramai dari mereka yang tidak hadir sewaktu roadshow yang pertama kali diadakan ini. Baik dari jawatan Naib Presiden mahupun jawatan MKT kebanyakkan calon tidak dapat bersama,ye lah,jawatan di dalam kerajaan lebih penting, mesyauarat sana sini dan komitmen kepada jawatan Menteri Besar mahupun Menteri Kabinet.Begitu juga dengan jawatan Ketua Puteri dan Exco Pemuda.
Semalam berlangsung majlis pengenalan yang diadakan di Klana Resort Seremban.Lebih 2000 orang termasuk calon, wakil calon, kempen manager serta pekerja berada di sana.Yang paling best sekali, gurauan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuit hati semua yang hadir.Setiap nama yang disebut, pasti ada gurauannnya.Malah isu pasukan Negeri Sembilan yang menduduki tangga

tercorot juga menjadi bahan ketawa.Ini menjadikan beiau popular dengan gelakan dan kini semua orang sudah tahu nombor MKT Mohamad Hasan...NO 40..malah sehingga siri roadshow kedua selepas ini iaitu di MTIC Melaka..Hasan disambut dengan laungan 40 40 40 40..disinilah terletak kebijaksanaan beliau dengan cara yang mudah untuk melekatkan namanya di hati pewakilan.Lebih 3000 orang membanjiri MITC Melaka selepas itu termasuk pegawai kempen wakil calon yang berlegar atas bawah dan disekitar lobi juga dewan utama bagi menghangatkan sesi pengenalan itu...Mohamad Hasan kini famous di selatan tanahair,,saya yakin MKT miliknya...

Thursday, October 3, 2013

TAHNIAH TUN MAHATHIR,,dari Rakyat Malaysia


Tahniah kepada mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamed.Beliau telah berjaya menjual aset yang berupa sebuah resort yang terletak di Kepulauan Maldives miliknya.Ini satu kebanggaan kepada negara kita.Sekaligus dana yang ada dari keuntungan jualan itu dapat disalurkan kepada anaknya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir bagi kempen untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang hampir tiba.
Rupanya tak sangka jugak, beliau ada aset sebegitu di Kepulauan Maldives,sebuah pulau yang sangat indah dan cantik yang juga merupakan 'duplicate' Malaysia dari segi pentadbirannya. Idea Tun Mahathir jugalah yang menjadi ikutan pentadbiran di sana.
Baguslah, sekurang kurangnya Mukhriz dapatlah menggunakan wang itu untuk tujuan melobi serta dapat diberikan kepada mereka yang menyokongnya untuk jawatan Naib Presiden UMNO selain dari janji manisnya hendak memberi gelaran Datuk kepada mereka yang menyokongnya.


Usaha Tun Mahathir ini sangat baik demi untuk mengekalkan tradisi berterusan mengekalkan saudara mara dan anak beranak di dalam UMNO dan tidak keterlaluan untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri nanti.Sudah pasti Tun Mahathir mempunyai harta yang sangat banyak untuk tujuan itu apatah lagi bekorban untuk anaknya.
Orang yang menjadi orang tengah untuk jualan aset tersebut pula menerima 1 per cent dari harga jualan iaitu jumlah komisen sebanyak USD4juta sahaja.
Jadi kita fikirkanlah berapa harga jualan aset tersebut dan apakah tujuan sebenar Tun Mahathir?
Tidak terkejut jika aliran wang itu telah berada dikalangan pewakilan untuk menyokong jawatan Naib Presiden.Tahniah juga kepaa Mukhriz kerana telah mendapat kepercayaan dari ayahanda tercinta.
Selain dari Kepulauan Maldives,kat mana lagi agaknya harta Tun M ini?


KOMISEN SAHAJA  USD4juta beb

Cer teka di pusat peranginan yang mana yang disebut dalam ini cerita?

Tuesday, October 1, 2013

Dah potong ke elaun Hisahmmuddin??

Hishammuddin yang berhasrat untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden kini berasa gusar.Manakan tidak , tiga serangkai yang dimainkan yang melibatkan beliau, Zahid dan juga Shafie Afdal rupanya tidak kesampaian. Ada pihak yang tidak mahu beliau mempertahankan jawatan itu atas beberapa faktor.
Jadi beliau kini cuba untuk berganding dengan Ali Rustam..benarkah begitu?
Atau beliau sememangnya menyekat kempen yang dilakukan oleh Ali Rustam, Isa Samad dan juga Mukhriz.Ternyata masing masing mempunyai kekuatan, Zahid sudah pasti yang pertama, namun ada dua jawatan lagi yang dilihat berpotensi untuk diduduki oleh mereka yang lain. Tidak ada cara lain lagi,mereka harus berjumpa pewakilan di seluruh negara.Bagi aku Hishammuddin kini harus berehat dahulu.
Dia ni dari golongan bangsawan,,tidak pernah merasa susah,bayangkan ketika satu acara dulu, penganjur diminta menyedaikan tuala basah yang sejuk untuknya setiap kali turun ke cuaca panas.Dok bawak lah tuala sejuk ni ke hulu ke hilir ikut dia.
Dekat Sabah pula, dia ni digelar Menteri 'akan'....semuanya akan,,tu yang buat orang Sabah berbulu dengan dia.Yang jelas sikapnya melambangkan politik berpuak dan merugikan UMNO sendiri.Ni satu lagi, pada saat rakyat marah harga petrol naik, dia pulak nak jadi hero...baik potong elaun saya sekarang...kenyataan beliau. Sekarang macam mana,,,dah potong ke elaun Hishammuddin....




    Monday, September 30, 2013

    Mukhriz 'ancam' Najib


    PUTRAJAYA 29 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoal niat majalah antarabangsa, The Economist meramalkan anaknya, Datuk Mukhriz bakal mengancam kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin nombor satu parti itu sekiranya menang dalam pertandingan parti tersebut bulan depan.
    Menurut beliau, anaknya itu tidak mempunyai sebarang niat buruk terhadap Najib atau kepimpinan UMNO yang lain ketika menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
    "Mereka (The Economist) tidak boleh mencari atau memperkatakan apa-apa yang baik mengenai orang lain.
    "Itu (usaha menjatuhkan Najib) yang akan mereka lakukan jika berada di kedudukan Mukhriz, tetapi di Malaysia, kita tidak akan ada niat seperti itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    Terdahulu Dr. Mahathir meluangkan masa melawat Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) dan membaca buku cerita kepada kanak-kanak dalam program tersebut.
    Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sirkit Pancing Putrajaya Siri 3/2013 yang diadakan di tasik YKP.
    Majalah antarabangsa itu dalam laporannya kelmarin menyebut kemenangan Mukhriz dijangka menyebabkan masa depan Najib menjadi malap.
    Perkara itu berdasarkan pandangan golongan yang menentang Najib akan mendampingi Mukhriz iaitu pemimpin yang dianggap sebagai penyambung kepimpinan Dr. Mahathir.
    Selain Mukhriz, jawatan Naib Presiden turut ditandingi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
    Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad turut sama bertanding jawatan itu.

    Sunday, September 29, 2013

    Penarikan diri 17 calon ada agenda tersembunyi?


    Penarikan diri 17 calon dalam pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada saat-saat akhir didakwa mempunyai agenda tersembunyi.

    Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mendakwa, tindakan itu mungkin sudah dirancang bagi membolehkan individu sama menganggotai kembali CEC.

    "Mengapa saat-saat terakhir mereka ini menarik diri, jumlah mereka adalah besar, seperti ada sesuatu agenda yang disembunyikan.

    "Saya yakin ini merupakan satu rancangan supaya individu serupa yang terpilih pada pemilihan CEC yang tidak diiktiraf pada Disember lalu, kembali dipilih kali ini," katanya ketika ditemui pemberita sempena Kongres Khas DAP .

    Senarai asal calon yang bertanding pada pemilihan semula CEC kali ini menyaksikan seramai 68 calon mengambil bahagian merebut 20 tempat sebelum 17 calon menarik diri manakala dua lagi mengambil tindakan keluar parti, menyaksikan hanya 49 calon bertanding kali ini.

    David sebelum ini telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas CEC .

    Beliau turut menyerahkan memorandum kepada DAP antara lain menggesa menetapkan satu tarikh baharu untuk Kongres Nasional DAP mengikut klausa 8 (6) Perlembagaan parti.



    MUKHRIZ HARUS BEKERJA KERAS

    Di sebalik pengaruh bapanya maka Mukhriz kini selesa dengan apa yang ada sekarang, walaupun saat akhir menyatakan hasrat untuk bertanding Naib Presiden UMNO, sudah tentu Tun Mahathir juga akan berkempen untuk beliau, namun Mukhriz harus melihat kekalahannya di peringkat Penuda UMNO dahulu,  janganlah gelojoh utnuk jawatan Naib Presiden sekarang, yes beliau telah menjadi Menteri Besar Kedah, jangan fikir bahawa beliau diterima untuk Naib Presiden, untuk penggal akan datang, memang wajib beliau bertanding, aku pun sokong, tapi bukan kali ini bro.....tunggu penggal akan datang.

    Thursday, September 26, 2013

    TERKEJUT HISHAMUDDIN BALIK AWAL

    Ada pulak orang kata Hishamuddin ni lembik,,eh betul ke..bukan lah,,orang Sabah yang kata dia ni Menteri Akan,,semua akan bila ditanya.Tak pe lah nak wat macam mana dia ni kan sepupu Najib.Alkisah ada orang yang di Kementerian Pertahanan yang dah bising..masa Zahid jaga, Zahid balik pukul 11 malam,,

    sebab banyak benda nak buat untuk Kementerian.Tapi sekarang ni dagh rileks sikit la,,sebab Menterinya balik tepat jam 5 petang.Dapat la diaorang rehat.Hishammuddin pun tak kisah, asal jam 5 je...da siap balik...
    Tak pe lah orang di Kementerian Pertahanan ni boleh lah jadi malas sekarang sebab Menterinya pun malas duk lama kat sana..Jadi jangan terkejut pasal isu ni, lagi pun Menteri yang lama pun dah terkejut dengan masalah dia ni...

    Monday, September 23, 2013

    APA ALI RUSTAM BUAT KETIKA IDRIS HARUN KE UMRAH?

    Ni apa hal kes Ali Rustam Melaka ni.Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun masih lagi mempunyai rasa hormat kepada bekas Ketua Menteri, Ali Rustam sejak dari dulu lagi.Kita pun dah tahu, Ali Rustam mempunyai banyak kes, bagi peluang perniagaan kepada orang Cina,meraikan perkahwinan anaknya secara besar besaran..Sampai berhari-hari,..mana tak rakyat marah..
    Ali

    Sebelum pilihanraya 13, kita da tahu, akan ada Ketua Menteri baru, congak congak Datuk Idris Harun lah yang naik nama ketika PRU13 lalu.Namun Ali Rustam dilantik Pengerusi Majlis Rundingan Ekonomi Negeri (MREN) Melaka .Jadi dia masih berlagak macam Ketua Menteri jugak, Pada ketika Idris Harun pergi menunaikan umrah.Ali telah susun orang dia di jabatan jabatan negeri. Segala acara rasmi dialah yang akan ke depan jugak.Jadi Melaka ni kalau nak ikutkan,dah ada 2 Ketua Menteri.Ali masih perasan dialah Ketua Menteri.
    Idris

    Ali telah mengambil kesempatan sewaktu ketiadaan Idris.Sekarang ni bertambah lah perangai dia apatah lagi nak bertanding tanding Naib Presiden UMNO.
    Idris serba salah mengenai perkara ini.Jadi apakah jalan untuk Ali yang overshadow Idris.

    Sunday, September 22, 2013

    Maznah Ulas Keputusan Lawan Shahrizat Pada Rabu


    Exco Wanita Umno, Datuk Maznah Mazlan hanya akan mengulas mengenai penyertaannya di saat akhir bagi mencabar kedudukan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno selepas tempoh bertenang berakhir Selasa ini.
    Menurut sumber terdekat dengan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu, beliau akan mengeluarkan kenyataan kepada media setelah disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno sebagai calon.
    "Datuk Maznah tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sekarang memandangkan penyertaannya masih belum disahkan," kata sumber itu pada Ahad.
    Jawatankuasa Pemilihan Umno memperkenalkan tempoh bertenang selama 72 jam selepas proses penyerahan borang pencalonan ditutup sebelum semua penyertaan disahkan layak bertanding.
    Dalam tempoh itu juga semua bakal calon boleh menarik diri daripada meneruskan hasrat masing-masing.
    Pada Rabu Jawatankuasa Pemilihan Umno akan mengeluarkan senarai penuh calon layak bertanding untuk diedarkan ke Perhubungan Umno negeri di seluruh negara.
    Pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita Umno menyaksikan kemunculan mengejut Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah untuk mencabar Shahrizat yang menyerahkan borang kira-kira 20 minit sebelum kaunter penyerahan borang ditutup pada pukul 5 petang Sabtu.
    Turut akan merebut jawatan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Kulim Bandar Bahru, Raihan Suleiman Palestin.

    Saturday, September 21, 2013

    SAINGAN ENAM PENJURU-APA MAKSUDNYA..SIAPA PASANG PERANGKAP?


    KINI apa yang dinanti-nantikan oleh semua orang benar-benar menjadi kenyataan - Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir secara rasminya mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.

    Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan disahkan pada Sabtu ini apabila semua calon diwajibkan mendaftar hasrat mereka untuk bertanding di Ibu Pejabat Umno di PWTC, Kuala Lumpur.

    Jika semua calon yang sebelum ini telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding mengemukakan borang pendaftaran Sabtu ini, maka kesemuanya akan ada enam calon yang bakal merebut jawatan panas itu.

    Selain penyandang jawatan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - mereka akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad.

    Kini Mukhriz masuk gelanggang menjadikannya orang keenam yang mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan naib.

    Tetapi sehingga jam 5 petang Sabtu ini, janganlah terlalu yakin yang jumlah calon terhenti setakat enam orang itu sahaja.

    Mungkin ada lagi yang tiba-tiba muncul untuk menyerahkan borang pendaftaran. Siapa tahu.

    Kembali ke Mukhriz, sememangnya beliau tidak mempunyai banyak pilihan melainkan turut serta dalam pertandingan ini.


    Sebabnya mudah. Jika Mukhriz tidak berbuat demikian sekarang, dari segi hierarki kepimpinan, bermakna, beliau akan ketinggalan di belakang Khairy Jamaluddin yang selaku ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia adalah juga bertaraf naib presiden Umno Malaysia.

    Ramai yang melihat ini sebagai tidak baik untuk kerjaya politik Mukhriz.

    Bayangkan senario ini: dalam pemilihan sekali lagi tiga atau empat tahun dari sekarang, Khairy akan melangkah setapak di hadapan selaku ketua pemuda yang menawarkan diri untuk jawatan naib presiden sedangkan Mukhriz baru hendak menawarkan diri.

    Jika ini berlaku, sudah tentulah Khairy memiliki kelebihan sepertimana Hishammuddin menawarkan diri bertanding kerusi naib selaku penyandang jawatan ketua pemuda dahulu.

    Untuk pusingan akan datang, senario Khairy akan bertanding jawatan naib bukan lagi satu kemungkinan tetapi satu kemestian sesuai dengan umurnya yang telah matang dan kedudukannya yang telah kukuh dalam kepimpinan politik Umno.

    Bercakap dari segi umur walaupun umur Khairy jauh lebih muda dari Mukhriz iaitu mereka dipisahkan hampir lapan tahun namun barang diingat yang mereka adalah seangkatan atau segenerasi dalam Umno.

    Kedua-duanya aktif hampir serentak dan kedua-duanya bertanding jawatan ketua pemuda Umno Malaysia yang berakhir dengan Khairy menang menewaskan Mukhriz dan seorang lagi calon iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo.

    Dari sudut itu, Khairy mengatasi Mukhriz tetapi pada masa yang sama, Mukhriz tidak kalah segala-galanya.

    Ini kerana dari sudut jawatan dalam kerajaan, Mukhriz terlebih dahulu mengatasi Khairy dengan dilantik sebagai timbalan menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa sedangkan Khairy tidak.

    Namun begitu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, kedua-dua mereka kembali berada di tahap yang sama apabila Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Mukhriz pula menyandang jawatan Menteri Besar Kedah.

    Kedua-duanya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan malah di antara ramai menteri dan muka baru, mereka berdua adalah antara yang paling menyerlah dan menunjukkan kematangan serta potensi sebagai pemimpin di peringkat yang tinggi.

    Jadi pendek kata, Mukhriz mahu tidak mahu perlu masuk gelanggang sekarang daripada menunggu satu lagi pusingan tiga atau empat tahun dari sekarang.

    Dengan itu, jika Mukhriz ditakdirkan menang, maka di dalam hierarki parti, beliau akan meletakkan semula kedudukannya setaraf dengan Khairy yang sudah pastinya akan menang mudah jawatan ketua pemuda Umno yang juga bertaraf naib presiden.


    Monday, September 16, 2013

    APA SUDAH JADI SAMA WANITA


    Kenapa Azalina? Kenapa bukannya Shahrizat yang tarik diri dari menawarkan jawatan Ketua Wanita UMNO? Betul ke Shahrizat dapat sokongan padu dari wanita UMNO? Yang bersuara cuma taiko-taiko wanita aje, tapi dalam pemilihan kali ini yang memberi undi bukan setakat taiko-taiko, tetapi dari akar umbi.

    Apakah setelah bermunajat, setelah beristiharah, Azalina nampak jalan kekalahan? Atau apakah ia lanjutan dari permainan Shahrizat yang membandingkan kepimpinan Puteri dan kepimpinan Wanita? Kalau nak kira kepada kem Puteri dan kem Wanita, Azalinapun  dah tak ada keayuan Puteri lagi. Sampai bila mak nenek-mak nenek dalam Wanita UMNO nak tolak orang muda?

    Apapun, memandangkan sayap Wanita UMNO merupakan tunggak kepada kejayaan BN dalam pilihanraya, tak banyak komen yang boleh aku berikan, cuma sekadar bertanya, ...betulkah Wanita UMNO akan berpecah sekiranya ada pertandingan? Kalau berpecah, siapakah yang akan menyebabkan perpecahan, yang menunggu atau yang mendatang yang akan jadi batu apinya? Hahaha... orang bawahan dan akar umbi hanya ikut-ikutan sahaja!

    Sunday, September 15, 2013

    SABAH TOLAK MENTERI 'AKAN'

    Menteri ni pegang dua jawatan ...buat apa nak buat mcm tu , ramai lagi Najib boleh letak..Orang Sabah pun byk yg mampu.Tapi aku dok dengor orang Sabah skrg ni semua menolak Hishammuddin ni untuk jawatan Naib Presiden Umno...dorang xnak Menteri Akan...skrg orang Sabah semua kata dia ni Menteri Akan

    APA ISTIMEWANYA HISHAMMUDIN NI?


    Dia ni mentang mentang sepupu Najib, boleh pegang dua jawatan. Satu kementerian pun tak boleh nak jaga, ni kan dua,
    Najib pun satu hal.xboleh nak fikir rakyat cakap apa.Mcm ni kalo rakyat akan pandang serong pada Hishammuddin.Lagi lagi nak pertahankan Naib Presiden UMNO..Korang ingat nak pilih adia ke lagi..Entah lah,,orang kata lembik...Ayoooo