Total Pageviews

Monday, September 30, 2013

Mukhriz 'ancam' Najib


PUTRAJAYA 29 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoal niat majalah antarabangsa, The Economist meramalkan anaknya, Datuk Mukhriz bakal mengancam kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin nombor satu parti itu sekiranya menang dalam pertandingan parti tersebut bulan depan.
Menurut beliau, anaknya itu tidak mempunyai sebarang niat buruk terhadap Najib atau kepimpinan UMNO yang lain ketika menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
"Mereka (The Economist) tidak boleh mencari atau memperkatakan apa-apa yang baik mengenai orang lain.
"Itu (usaha menjatuhkan Najib) yang akan mereka lakukan jika berada di kedudukan Mukhriz, tetapi di Malaysia, kita tidak akan ada niat seperti itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu Dr. Mahathir meluangkan masa melawat Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) dan membaca buku cerita kepada kanak-kanak dalam program tersebut.
Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sirkit Pancing Putrajaya Siri 3/2013 yang diadakan di tasik YKP.
Majalah antarabangsa itu dalam laporannya kelmarin menyebut kemenangan Mukhriz dijangka menyebabkan masa depan Najib menjadi malap.
Perkara itu berdasarkan pandangan golongan yang menentang Najib akan mendampingi Mukhriz iaitu pemimpin yang dianggap sebagai penyambung kepimpinan Dr. Mahathir.
Selain Mukhriz, jawatan Naib Presiden turut ditandingi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad turut sama bertanding jawatan itu.

Sunday, September 29, 2013

Penarikan diri 17 calon ada agenda tersembunyi?


Penarikan diri 17 calon dalam pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada saat-saat akhir didakwa mempunyai agenda tersembunyi.

Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mendakwa, tindakan itu mungkin sudah dirancang bagi membolehkan individu sama menganggotai kembali CEC.

"Mengapa saat-saat terakhir mereka ini menarik diri, jumlah mereka adalah besar, seperti ada sesuatu agenda yang disembunyikan.

"Saya yakin ini merupakan satu rancangan supaya individu serupa yang terpilih pada pemilihan CEC yang tidak diiktiraf pada Disember lalu, kembali dipilih kali ini," katanya ketika ditemui pemberita sempena Kongres Khas DAP .

Senarai asal calon yang bertanding pada pemilihan semula CEC kali ini menyaksikan seramai 68 calon mengambil bahagian merebut 20 tempat sebelum 17 calon menarik diri manakala dua lagi mengambil tindakan keluar parti, menyaksikan hanya 49 calon bertanding kali ini.

David sebelum ini telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas CEC .

Beliau turut menyerahkan memorandum kepada DAP antara lain menggesa menetapkan satu tarikh baharu untuk Kongres Nasional DAP mengikut klausa 8 (6) Perlembagaan parti.



MUKHRIZ HARUS BEKERJA KERAS

Di sebalik pengaruh bapanya maka Mukhriz kini selesa dengan apa yang ada sekarang, walaupun saat akhir menyatakan hasrat untuk bertanding Naib Presiden UMNO, sudah tentu Tun Mahathir juga akan berkempen untuk beliau, namun Mukhriz harus melihat kekalahannya di peringkat Penuda UMNO dahulu,  janganlah gelojoh utnuk jawatan Naib Presiden sekarang, yes beliau telah menjadi Menteri Besar Kedah, jangan fikir bahawa beliau diterima untuk Naib Presiden, untuk penggal akan datang, memang wajib beliau bertanding, aku pun sokong, tapi bukan kali ini bro.....tunggu penggal akan datang.

Thursday, September 26, 2013

TERKEJUT HISHAMUDDIN BALIK AWAL

Ada pulak orang kata Hishamuddin ni lembik,,eh betul ke..bukan lah,,orang Sabah yang kata dia ni Menteri Akan,,semua akan bila ditanya.Tak pe lah nak wat macam mana dia ni kan sepupu Najib.Alkisah ada orang yang di Kementerian Pertahanan yang dah bising..masa Zahid jaga, Zahid balik pukul 11 malam,,

sebab banyak benda nak buat untuk Kementerian.Tapi sekarang ni dagh rileks sikit la,,sebab Menterinya balik tepat jam 5 petang.Dapat la diaorang rehat.Hishammuddin pun tak kisah, asal jam 5 je...da siap balik...
Tak pe lah orang di Kementerian Pertahanan ni boleh lah jadi malas sekarang sebab Menterinya pun malas duk lama kat sana..Jadi jangan terkejut pasal isu ni, lagi pun Menteri yang lama pun dah terkejut dengan masalah dia ni...

Monday, September 23, 2013

APA ALI RUSTAM BUAT KETIKA IDRIS HARUN KE UMRAH?

Ni apa hal kes Ali Rustam Melaka ni.Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Harun masih lagi mempunyai rasa hormat kepada bekas Ketua Menteri, Ali Rustam sejak dari dulu lagi.Kita pun dah tahu, Ali Rustam mempunyai banyak kes, bagi peluang perniagaan kepada orang Cina,meraikan perkahwinan anaknya secara besar besaran..Sampai berhari-hari,..mana tak rakyat marah..
Ali

Sebelum pilihanraya 13, kita da tahu, akan ada Ketua Menteri baru, congak congak Datuk Idris Harun lah yang naik nama ketika PRU13 lalu.Namun Ali Rustam dilantik Pengerusi Majlis Rundingan Ekonomi Negeri (MREN) Melaka .Jadi dia masih berlagak macam Ketua Menteri jugak, Pada ketika Idris Harun pergi menunaikan umrah.Ali telah susun orang dia di jabatan jabatan negeri. Segala acara rasmi dialah yang akan ke depan jugak.Jadi Melaka ni kalau nak ikutkan,dah ada 2 Ketua Menteri.Ali masih perasan dialah Ketua Menteri.
Idris

Ali telah mengambil kesempatan sewaktu ketiadaan Idris.Sekarang ni bertambah lah perangai dia apatah lagi nak bertanding tanding Naib Presiden UMNO.
Idris serba salah mengenai perkara ini.Jadi apakah jalan untuk Ali yang overshadow Idris.

Sunday, September 22, 2013

Maznah Ulas Keputusan Lawan Shahrizat Pada Rabu


Exco Wanita Umno, Datuk Maznah Mazlan hanya akan mengulas mengenai penyertaannya di saat akhir bagi mencabar kedudukan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno selepas tempoh bertenang berakhir Selasa ini.
Menurut sumber terdekat dengan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu, beliau akan mengeluarkan kenyataan kepada media setelah disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno sebagai calon.
"Datuk Maznah tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sekarang memandangkan penyertaannya masih belum disahkan," kata sumber itu pada Ahad.
Jawatankuasa Pemilihan Umno memperkenalkan tempoh bertenang selama 72 jam selepas proses penyerahan borang pencalonan ditutup sebelum semua penyertaan disahkan layak bertanding.
Dalam tempoh itu juga semua bakal calon boleh menarik diri daripada meneruskan hasrat masing-masing.
Pada Rabu Jawatankuasa Pemilihan Umno akan mengeluarkan senarai penuh calon layak bertanding untuk diedarkan ke Perhubungan Umno negeri di seluruh negara.
Pemilihan bagi jawatan Ketua Wanita Umno menyaksikan kemunculan mengejut Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah untuk mencabar Shahrizat yang menyerahkan borang kira-kira 20 minit sebelum kaunter penyerahan borang ditutup pada pukul 5 petang Sabtu.
Turut akan merebut jawatan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Kulim Bandar Bahru, Raihan Suleiman Palestin.

Saturday, September 21, 2013

SAINGAN ENAM PENJURU-APA MAKSUDNYA..SIAPA PASANG PERANGKAP?


KINI apa yang dinanti-nantikan oleh semua orang benar-benar menjadi kenyataan - Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir secara rasminya mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.

Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan disahkan pada Sabtu ini apabila semua calon diwajibkan mendaftar hasrat mereka untuk bertanding di Ibu Pejabat Umno di PWTC, Kuala Lumpur.

Jika semua calon yang sebelum ini telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding mengemukakan borang pendaftaran Sabtu ini, maka kesemuanya akan ada enam calon yang bakal merebut jawatan panas itu.

Selain penyandang jawatan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - mereka akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad.

Kini Mukhriz masuk gelanggang menjadikannya orang keenam yang mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan naib.

Tetapi sehingga jam 5 petang Sabtu ini, janganlah terlalu yakin yang jumlah calon terhenti setakat enam orang itu sahaja.

Mungkin ada lagi yang tiba-tiba muncul untuk menyerahkan borang pendaftaran. Siapa tahu.

Kembali ke Mukhriz, sememangnya beliau tidak mempunyai banyak pilihan melainkan turut serta dalam pertandingan ini.


Sebabnya mudah. Jika Mukhriz tidak berbuat demikian sekarang, dari segi hierarki kepimpinan, bermakna, beliau akan ketinggalan di belakang Khairy Jamaluddin yang selaku ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia adalah juga bertaraf naib presiden Umno Malaysia.

Ramai yang melihat ini sebagai tidak baik untuk kerjaya politik Mukhriz.

Bayangkan senario ini: dalam pemilihan sekali lagi tiga atau empat tahun dari sekarang, Khairy akan melangkah setapak di hadapan selaku ketua pemuda yang menawarkan diri untuk jawatan naib presiden sedangkan Mukhriz baru hendak menawarkan diri.

Jika ini berlaku, sudah tentulah Khairy memiliki kelebihan sepertimana Hishammuddin menawarkan diri bertanding kerusi naib selaku penyandang jawatan ketua pemuda dahulu.

Untuk pusingan akan datang, senario Khairy akan bertanding jawatan naib bukan lagi satu kemungkinan tetapi satu kemestian sesuai dengan umurnya yang telah matang dan kedudukannya yang telah kukuh dalam kepimpinan politik Umno.

Bercakap dari segi umur walaupun umur Khairy jauh lebih muda dari Mukhriz iaitu mereka dipisahkan hampir lapan tahun namun barang diingat yang mereka adalah seangkatan atau segenerasi dalam Umno.

Kedua-duanya aktif hampir serentak dan kedua-duanya bertanding jawatan ketua pemuda Umno Malaysia yang berakhir dengan Khairy menang menewaskan Mukhriz dan seorang lagi calon iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Dari sudut itu, Khairy mengatasi Mukhriz tetapi pada masa yang sama, Mukhriz tidak kalah segala-galanya.

Ini kerana dari sudut jawatan dalam kerajaan, Mukhriz terlebih dahulu mengatasi Khairy dengan dilantik sebagai timbalan menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa sedangkan Khairy tidak.

Namun begitu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, kedua-dua mereka kembali berada di tahap yang sama apabila Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Mukhriz pula menyandang jawatan Menteri Besar Kedah.

Kedua-duanya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan malah di antara ramai menteri dan muka baru, mereka berdua adalah antara yang paling menyerlah dan menunjukkan kematangan serta potensi sebagai pemimpin di peringkat yang tinggi.

Jadi pendek kata, Mukhriz mahu tidak mahu perlu masuk gelanggang sekarang daripada menunggu satu lagi pusingan tiga atau empat tahun dari sekarang.

Dengan itu, jika Mukhriz ditakdirkan menang, maka di dalam hierarki parti, beliau akan meletakkan semula kedudukannya setaraf dengan Khairy yang sudah pastinya akan menang mudah jawatan ketua pemuda Umno yang juga bertaraf naib presiden.


Monday, September 16, 2013

APA SUDAH JADI SAMA WANITA


Kenapa Azalina? Kenapa bukannya Shahrizat yang tarik diri dari menawarkan jawatan Ketua Wanita UMNO? Betul ke Shahrizat dapat sokongan padu dari wanita UMNO? Yang bersuara cuma taiko-taiko wanita aje, tapi dalam pemilihan kali ini yang memberi undi bukan setakat taiko-taiko, tetapi dari akar umbi.

Apakah setelah bermunajat, setelah beristiharah, Azalina nampak jalan kekalahan? Atau apakah ia lanjutan dari permainan Shahrizat yang membandingkan kepimpinan Puteri dan kepimpinan Wanita? Kalau nak kira kepada kem Puteri dan kem Wanita, Azalinapun  dah tak ada keayuan Puteri lagi. Sampai bila mak nenek-mak nenek dalam Wanita UMNO nak tolak orang muda?

Apapun, memandangkan sayap Wanita UMNO merupakan tunggak kepada kejayaan BN dalam pilihanraya, tak banyak komen yang boleh aku berikan, cuma sekadar bertanya, ...betulkah Wanita UMNO akan berpecah sekiranya ada pertandingan? Kalau berpecah, siapakah yang akan menyebabkan perpecahan, yang menunggu atau yang mendatang yang akan jadi batu apinya? Hahaha... orang bawahan dan akar umbi hanya ikut-ikutan sahaja!

Sunday, September 15, 2013

SABAH TOLAK MENTERI 'AKAN'

Menteri ni pegang dua jawatan ...buat apa nak buat mcm tu , ramai lagi Najib boleh letak..Orang Sabah pun byk yg mampu.Tapi aku dok dengor orang Sabah skrg ni semua menolak Hishammuddin ni untuk jawatan Naib Presiden Umno...dorang xnak Menteri Akan...skrg orang Sabah semua kata dia ni Menteri Akan

APA ISTIMEWANYA HISHAMMUDIN NI?


Dia ni mentang mentang sepupu Najib, boleh pegang dua jawatan. Satu kementerian pun tak boleh nak jaga, ni kan dua,
Najib pun satu hal.xboleh nak fikir rakyat cakap apa.Mcm ni kalo rakyat akan pandang serong pada Hishammuddin.Lagi lagi nak pertahankan Naib Presiden UMNO..Korang ingat nak pilih adia ke lagi..Entah lah,,orang kata lembik...Ayoooo