Total Pageviews

Thursday, October 3, 2013

TAHNIAH TUN MAHATHIR,,dari Rakyat Malaysia


Tahniah kepada mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamed.Beliau telah berjaya menjual aset yang berupa sebuah resort yang terletak di Kepulauan Maldives miliknya.Ini satu kebanggaan kepada negara kita.Sekaligus dana yang ada dari keuntungan jualan itu dapat disalurkan kepada anaknya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir bagi kempen untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang hampir tiba.
Rupanya tak sangka jugak, beliau ada aset sebegitu di Kepulauan Maldives,sebuah pulau yang sangat indah dan cantik yang juga merupakan 'duplicate' Malaysia dari segi pentadbirannya. Idea Tun Mahathir jugalah yang menjadi ikutan pentadbiran di sana.
Baguslah, sekurang kurangnya Mukhriz dapatlah menggunakan wang itu untuk tujuan melobi serta dapat diberikan kepada mereka yang menyokongnya untuk jawatan Naib Presiden UMNO selain dari janji manisnya hendak memberi gelaran Datuk kepada mereka yang menyokongnya.


Usaha Tun Mahathir ini sangat baik demi untuk mengekalkan tradisi berterusan mengekalkan saudara mara dan anak beranak di dalam UMNO dan tidak keterlaluan untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri nanti.Sudah pasti Tun Mahathir mempunyai harta yang sangat banyak untuk tujuan itu apatah lagi bekorban untuk anaknya.
Orang yang menjadi orang tengah untuk jualan aset tersebut pula menerima 1 per cent dari harga jualan iaitu jumlah komisen sebanyak USD4juta sahaja.
Jadi kita fikirkanlah berapa harga jualan aset tersebut dan apakah tujuan sebenar Tun Mahathir?
Tidak terkejut jika aliran wang itu telah berada dikalangan pewakilan untuk menyokong jawatan Naib Presiden.Tahniah juga kepaa Mukhriz kerana telah mendapat kepercayaan dari ayahanda tercinta.
Selain dari Kepulauan Maldives,kat mana lagi agaknya harta Tun M ini?


KOMISEN SAHAJA  USD4juta beb

Cer teka di pusat peranginan yang mana yang disebut dalam ini cerita?

No comments:

Post a Comment