Total Pageviews

Tuesday, October 8, 2013

Mohamad Hasan Calon Popular MKT?


Majlis Pengenalan Calon yang dibuat oleh UMNO pusat ternyata tidak memberi impak besar kepada calon yang bertanding di dalam pemilihan UMNO nanti. Ramai dari mereka yang tidak hadir sewaktu roadshow yang pertama kali diadakan ini. Baik dari jawatan Naib Presiden mahupun jawatan MKT kebanyakkan calon tidak dapat bersama,ye lah,jawatan di dalam kerajaan lebih penting, mesyauarat sana sini dan komitmen kepada jawatan Menteri Besar mahupun Menteri Kabinet.Begitu juga dengan jawatan Ketua Puteri dan Exco Pemuda.
Semalam berlangsung majlis pengenalan yang diadakan di Klana Resort Seremban.Lebih 2000 orang termasuk calon, wakil calon, kempen manager serta pekerja berada di sana.Yang paling best sekali, gurauan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuit hati semua yang hadir.Setiap nama yang disebut, pasti ada gurauannnya.Malah isu pasukan Negeri Sembilan yang menduduki tangga

tercorot juga menjadi bahan ketawa.Ini menjadikan beiau popular dengan gelakan dan kini semua orang sudah tahu nombor MKT Mohamad Hasan...NO 40..malah sehingga siri roadshow kedua selepas ini iaitu di MTIC Melaka..Hasan disambut dengan laungan 40 40 40 40..disinilah terletak kebijaksanaan beliau dengan cara yang mudah untuk melekatkan namanya di hati pewakilan.Lebih 3000 orang membanjiri MITC Melaka selepas itu termasuk pegawai kempen wakil calon yang berlegar atas bawah dan disekitar lobi juga dewan utama bagi menghangatkan sesi pengenalan itu...Mohamad Hasan kini famous di selatan tanahair,,saya yakin MKT miliknya...

No comments:

Post a Comment