Total Pageviews

Sunday, September 29, 2013

Penarikan diri 17 calon ada agenda tersembunyi?


Penarikan diri 17 calon dalam pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada saat-saat akhir didakwa mempunyai agenda tersembunyi.

Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mendakwa, tindakan itu mungkin sudah dirancang bagi membolehkan individu sama menganggotai kembali CEC.

"Mengapa saat-saat terakhir mereka ini menarik diri, jumlah mereka adalah besar, seperti ada sesuatu agenda yang disembunyikan.

"Saya yakin ini merupakan satu rancangan supaya individu serupa yang terpilih pada pemilihan CEC yang tidak diiktiraf pada Disember lalu, kembali dipilih kali ini," katanya ketika ditemui pemberita sempena Kongres Khas DAP .

Senarai asal calon yang bertanding pada pemilihan semula CEC kali ini menyaksikan seramai 68 calon mengambil bahagian merebut 20 tempat sebelum 17 calon menarik diri manakala dua lagi mengambil tindakan keluar parti, menyaksikan hanya 49 calon bertanding kali ini.

David sebelum ini telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas CEC .

Beliau turut menyerahkan memorandum kepada DAP antara lain menggesa menetapkan satu tarikh baharu untuk Kongres Nasional DAP mengikut klausa 8 (6) Perlembagaan parti.



No comments:

Post a Comment