Kenapa Azalina? Kenapa bukannya Shahrizat yang tarik diri dari menawarkan jawatan Ketua Wanita UMNO? Betul ke Shahrizat dapat sokongan padu dari wanita UMNO? Yang bersuara cuma taiko-taiko wanita aje, tapi dalam pemilihan kali ini yang memberi undi bukan setakat taiko-taiko, tetapi dari akar umbi.
Apakah setelah bermunajat, setelah beristiharah, Azalina nampak jalan kekalahan? Atau apakah ia lanjutan dari permainan Shahrizat yang membandingkan kepimpinan Puteri dan kepimpinan Wanita? Kalau nak kira kepada kem Puteri dan kem Wanita, Azalinapun dah tak ada keayuan Puteri lagi. Sampai bila mak nenek-mak nenek dalam Wanita UMNO nak tolak orang muda?
Apapun, memandangkan sayap Wanita UMNO merupakan tunggak kepada kejayaan BN dalam pilihanraya, tak banyak komen yang boleh aku berikan, cuma sekadar bertanya, ...betulkah Wanita UMNO akan berpecah sekiranya ada pertandingan? Kalau berpecah, siapakah yang akan menyebabkan perpecahan, yang menunggu atau yang mendatang yang akan jadi batu apinya? Hahaha... orang bawahan dan akar umbi hanya ikut-ikutan sahaja!
No comments:
Post a Comment