ASAM PEDAS
Total Pageviews
Friday, November 8, 2013
BLOG NI AKAN DIBAIK PULIH..
Tiba-tiba plak semalam ada masalah bila aku bukak blog ni...aku tgh selesaikan macamne nak settlekan problem ni aku load utk citer Pengerusi FINAS...dah kena hack...bila citer pasal Naib Presiden UMNO xplak kena...ni ada bela hantu raya si Datuk Afendi ni..
Friday, November 1, 2013
PENGERUSI FINAS, Datuk Md Afendi Lobi Kroni Untuk Jawatan KSU Kementerian..Hah nak tambah lagi harta.
Ni lagi seekor,Dato’Bala diberi nama, kira dia ni jawatannya di dalam kementerian dah ada
ranking la..Jalannya asyik mengepak aje dan mendabik dada sewaktu bersama Rais
Yatim, kira macam isi dan kuku, sekarang
ni Rais Yatim dah tidak ada, dia mula
menghimpit Datuk Md Afendi(Pengerusi FINAS) pulak, aku sejak dulu tak berapa gemar dengan orang
bernama Bala ni. Dia ni rapat dan kamcing giler dengan Rais Yatim dulu tapi belum dapat
apa yang dia nak. Boleh dikatakan kementerian komunis Dato’ Bala. Sekarang ni merupakan salah
seorang pegawai lah, Dato’ Bala sudah selesa
kerana dah dapat deal dengan Datuk
Afendi untuk jawatan yang diidamkan dari dulu lagi iaitu,KSU Kementerian. Datuk Afendi tengah dok
melobi supaya Dato’ Bala ni jadi KSU Kementerian.Sebab dah janji kalau dapat …banyak
lagi projek menanti dan pasti hak Datuk Md Afendi.
Pelikla aku tengok si Melayu ni yang nak angkat sangat Dato’ Bala ni..yang aku tahu diorang berdua ni ada kira-kira. Dato’ Md Afendi selalu dok pertahankan jugak si Bala ni. Dato' Bala ni lebih bisa dari ular.Kalaulah… kita jumpa ular.. dan jumpa Bala..yang patut kita "bunuh" ialah Dato' Bala lah dulu berbanding dengan ular itu,Maknanya Dato' Bala lebih jahat dan berbisa dari racun ular.
HAPPY DEEPAVALI DATO' BALA
Tuesday, October 29, 2013
Datuk Dr Megat,,DA DAPAT PHD KAKI AMPU , SENANG CAKAP..BODEK !!
Dr Megat |
Posting yang lepas aku ada citer pasal Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan dan pencacai dia, Dr Megat ( Tim Pengarah ) yang terkedu kat majlis rasmi lalu.Aku pun tak ambik 'port' sangat pasal depa berdua ni terkedu macam tu.Sebab dah biasa tengok depa berdua ni,,nak kata kulit buaya muka depa tu,,ye jugak, pekak badak pun ye jugak,,telinga da tebal telinga kerbau pendek pun ada jugak,Sebab ketaksuban mencari kepentiungan diri membutakan segala galanya.
Md Afendi |
Cer tengok baju yang Megat selalu pakai,,kalau korang perasan,,kat bahu kanan ada gambar apa? kecik je,,tapi korang kena tengok dekat dekat baru nampak. Warna kegemaran dia apa..hah,,korang kena tau tu..tapi biarlah Megat yang jawab..dia tahu apa jawabannya..
Masa zaman Rais Yatim, si Datuk Md Afendi ni kaw kaw gunakan JASA untuk kembungkan perut dia...,
Lepas JASA, JASA, lepas JASA JASa...Habis JASA ko gomol sampai togel kan..
Ni,,aku nak habaq..Datuk Md Afendi dan Datuk Dr Megat...pas ni hang pa nak togel siapa ,,aku da tahu,,sebelum korang togel dia,,,aku nak tengok ko ditelanjangkan oleh mereka yang pernah ko keji , hina sombong dan yang telah korang abaikan..
Thursday, October 24, 2013
PENGERUSI FINAS TERKEDU DI MAJLIS RASMI DAN BUKTI SELEWENG DUIT FINAS UNTUK KRONI,,YE KE?
Selepas cerita sensasi Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi selalu perkuda nama PM ni, aku pun lapangkanlah masa pergi ke majlis makan malam meraikan kakitangan yang terlibat menjayakan program Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia bertempat di IOI Marriot Putrajaya 23 Oktober lalu. Aku difahamkan Datuk Md Afendi tunggu Menteri di hadapan hotel sejak jam 6 petang sampailah jam 9.30 mlam dengan balacinya, Datuk Dr Megat,Timbalan Ketua Pengarah.
Raut wajah sentiasa gelisah nak bagi penjelasan pada Menteri tentang cerita dia ni.
megat |
Sesampai je, depa dua ekor dok dok himpit Shabery Cheek sampai ke maja utama, inilah bakat yang ada pada Datuk Afendi ni selama ni,,,TAHNIAH,,,PAKAR BODEK MENTERI namanya,
Sebaik sampai di meja utama..alih alih tempat dok depa berdua dah tak ada,,dok cari dok tag nama kerusi diorang..Last last duduk tempat pemandu je lah.
Aku tengok muka sekor sekor ni macam udang kena bakar,,,pas tu dia orang pun blah dari majlis tersebut.Yelah,,,dah tak dijemput,,nape datang.Datuk Afendi ni biasanya guna program untuk membodek dan juga mengkembungkan poketnya,,apatah lagi pakai duit FINAS untuk benda yang bukan bukan.
Ni dia satu bukti pertama..kira ni SIRI 1 lah,,,,hah,,selalunya dia ni claim untuk bayar tetamu Pengerusi Finas, dah banyak kali macam ni, tetamu apa ni..kadang kadang mungkin girlfriend dia,,pas tu entah siapa yang tak terlibat langsung dengan industri ,,ni baru satu pas ni ada lagi dokumen rahsia yang nak aku keluarkan..Dah la anggap FINAS mcm bapak dia punya..orang bawahan langsung tak dihargai,,,Duk jugak sekongkol dengan Datuk Dr Megat yang dilantiknya sendiri dan dipinjamkan dari UPM.
Kalian berdua jangan wat pasal..pas ni aku jejak langkah korang,,jangan sampai mati berdiri oii..pas ni hati hatilah kalian..cukup cukup lah...wat niaya kat staf hangpa...
Bayaran tiket penerbangan itu adalah satu perkara eksklusif beliau..dah ramai yang jadi tetamu dan pakai duit FINAS...membazir kepada orang yang tak terlibat kat industri.
Tuesday, October 22, 2013
TEMBELANG PENGERUSI FINAS JUAL NAMA PERDANA MENTERI
Datuk Md Afendi Hamdan |
Beliau juga seorang penyamun serta Ahli Lembaga Pengarah MCMC yang mana mendapat keuntungan yang Allah saja yang tahu.Beliau membekalkan dongel melalui Sarawak Himpunan Hijau kepada Kementerian Penerangan yang mana Kementerian telah membayar RM8juta, bagaimana keberkesanannya tak tahulah kita dan tidak ada impak langsung Ini merupakan satu pembaziran yang melampau kerana kandungan tersebut boleh didapati secara percuma di Internet.Pada hal jika dibeli dengan secara pukal, kos untuk thumbdrive tersebut berharga di bawah RM5 sahaja. Apatah lagi ianya boleh download di Internet.
Guna nama PM untuk kepentingan diri |
Perkara ini langsung tidak memberi kesan dan tidak berpadan dengan pembekalan yang amat besar.
Untuk kali ini di bawah pentadbiran Datuk Shabery Cheek, beliau sekali lagi menjual nama Perdana Menteri serta kononnya merupakan orang kuat Najib.Beliau juga membuat prjek yang serupa untuk kepentingan beliau.Datuk Mohamad terlalu kerap menggunakan nama Datuk Seri Najib .
Beliau juga menyalah guna kuasanya menerusi Syarikat Himpunan Hijau Sdn Bhd yang menjadi syarikat pembekal projek tersebut, ternyata syarikat tersebut diterajui oleh Datuk Md Afendi walaupun pemilik syarikat tersebut adalah Datuk Robin.
Banyak perkara telah berlaku di dalam FINAS, yang telah mencalarkan kewibawaan FINAS sendiri,diharap Datuk Seri Shabery Cheek tidak tertipu dengan Pengerusi Finas ini.
Sikapnya suka berkelahi dengan Persatuan-Persatuan di bawah FINAS dan menganggap bahawa FINAS itu bapak dia yang punya. Md Afendi ini selalu menggangu struktur pentadbiran serta pandai membodek pemimpin tinggi dan pada masa yang sama menindas orang bawahan di FINAS.
Dia ni juga selalu berulang alik untuk pulang ke Sabah bersama pemandu dan pengawal peribadinya yang juga orang Sabah dan dibayar gaji oleh FINAS.Segala perbelanjaan untuk ke sana ditanggung sepenuhnya oleh FINAS.
Ingatkah lagi kenyataan Ahmad Idham yang menegur tentang video keluaran FINAS yang berjumlah RM400,000 selama 2 minit yang tidak ditenderkan, Menurut Ahmad Idham, video tersebut sebenarnya hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM100,000 sahaja.Ahmad Idham mempertikaikan kos video tersebut dan berasa hairan bagaimana ianya diterbitkan tanpa ada tender yang dibuka kepada orang ramai. Ini salah satu lagi salah guna kuasa oleh Datuk Md Afendi.Video tersebut yang memaparkan promosi kemerdekaan hanyalah satu pembaziran kos yang melampau,jelas Ahmad Idham lagi.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus menyiasat Datuk Md Afendi diatas semua salah guna kuasa beliau selama ini.Beliau juga mempunyai sebuah pejabat yang terletak di The Mall yang besar dengan sewaan sebanyak RM40,000 sebulan sebesar 2,000 kaki per segi.Geran geran yang berjumlah jutaan ringgit juga disapu bersih oleh Datuk Md Afendi menerusi 15 syarikat berlainan dari beliau.
Dengan geran multimedia ini jugalah beliau hidup dengan kaya raya bersama hampir RM40 juta.Ini adalah tidak adil kepada syarikat pengeluar filem dan multimedia yang ada.
Si Penyamun, Datuk Md Afendi Hamdan |
Tuesday, October 8, 2013
Mohamad Hasan Calon Popular MKT?
Majlis Pengenalan Calon yang dibuat oleh UMNO pusat ternyata tidak memberi impak besar kepada calon yang bertanding di dalam pemilihan UMNO nanti. Ramai dari mereka yang tidak hadir sewaktu roadshow yang pertama kali diadakan ini. Baik dari jawatan Naib Presiden mahupun jawatan MKT kebanyakkan calon tidak dapat bersama,ye lah,jawatan di dalam kerajaan lebih penting, mesyauarat sana sini dan komitmen kepada jawatan Menteri Besar mahupun Menteri Kabinet.Begitu juga dengan jawatan Ketua Puteri dan Exco Pemuda.
Semalam berlangsung majlis pengenalan yang diadakan di Klana Resort Seremban.Lebih 2000 orang termasuk calon, wakil calon, kempen manager serta pekerja berada di sana.Yang paling best sekali, gurauan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuit hati semua yang hadir.Setiap nama yang disebut, pasti ada gurauannnya.Malah isu pasukan Negeri Sembilan yang menduduki tangga
tercorot juga menjadi bahan ketawa.Ini menjadikan beiau popular dengan gelakan dan kini semua orang sudah tahu nombor MKT Mohamad Hasan...NO 40..malah sehingga siri roadshow kedua selepas ini iaitu di MTIC Melaka..Hasan disambut dengan laungan 40 40 40 40..disinilah terletak kebijaksanaan beliau dengan cara yang mudah untuk melekatkan namanya di hati pewakilan.Lebih 3000 orang membanjiri MITC Melaka selepas itu termasuk pegawai kempen wakil calon yang berlegar atas bawah dan disekitar lobi juga dewan utama bagi menghangatkan sesi pengenalan itu...Mohamad Hasan kini famous di selatan tanahair,,saya yakin MKT miliknya...
Thursday, October 3, 2013
TAHNIAH TUN MAHATHIR,,dari Rakyat Malaysia
Tahniah kepada mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamed.Beliau telah berjaya menjual aset yang berupa sebuah resort yang terletak di Kepulauan Maldives miliknya.Ini satu kebanggaan kepada negara kita.Sekaligus dana yang ada dari keuntungan jualan itu dapat disalurkan kepada anaknya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir bagi kempen untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO yang hampir tiba.
Rupanya tak sangka jugak, beliau ada aset sebegitu di Kepulauan Maldives,sebuah pulau yang sangat indah dan cantik yang juga merupakan 'duplicate' Malaysia dari segi pentadbirannya. Idea Tun Mahathir jugalah yang menjadi ikutan pentadbiran di sana.
Baguslah, sekurang kurangnya Mukhriz dapatlah menggunakan wang itu untuk tujuan melobi serta dapat diberikan kepada mereka yang menyokongnya untuk jawatan Naib Presiden UMNO selain dari janji manisnya hendak memberi gelaran Datuk kepada mereka yang menyokongnya.
Orang yang menjadi orang tengah untuk jualan aset tersebut pula menerima 1 per cent dari harga jualan iaitu jumlah komisen sebanyak USD4juta sahaja.
Jadi kita fikirkanlah berapa harga jualan aset tersebut dan apakah tujuan sebenar Tun Mahathir?
Tidak terkejut jika aliran wang itu telah berada dikalangan pewakilan untuk menyokong jawatan Naib Presiden.Tahniah juga kepaa Mukhriz kerana telah mendapat kepercayaan dari ayahanda tercinta.
Selain dari Kepulauan Maldives,kat mana lagi agaknya harta Tun M ini?
KOMISEN SAHAJA USD4juta beb
Cer teka di pusat peranginan yang mana yang disebut dalam ini cerita?
Subscribe to:
Posts (Atom)